HAZEEQ AZLAN X ILIE ASHRAFF

INFORMASI MAJLIS

PAKAIAN

Tema perkahwinan adalah tradisional, oleh itu kod pakaian adalah Pakaian Kebangsaan. Batik atau Lounge Suit juga dibenarkan.
 

ANAK KECIL

Majlis akan berlangsung mengikut SOP yang ketat, dan hanya tetamu dewasa yang lengkap 2 dos vaksin sahaja dibenarkan menghadiri majlis.
 

JENIS ACARA

Majlis Resepsi ini adalah majlis makan malam duduk rasmi. Makanan akan dihidangkan di meja pada masa yang diperuntukkan. Oleh itu, para tetamu dinasihatkan untuk tiba selewat-lewatnya jam 7.45 malam.
 

KEMUDAHAN SURAU

Surau One World Hotel tersedia ada untuk kegunaan para tetamu. Para tetamu boleh merancang untuk menunaikan solat Maghrib di surau tersebut.
 

PIAWAIAN PROSEDUR OPERASI (SOP) MAJLIS

Untuk memastikan keselamatan para tetamu, berikut adalah SOP semasa acara:

1) Pakai pelitup muka (mask) pada setiap masa, kecuali ketika makan.

2) Daftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera dan pamerkan bukti lengkap 2 dos vaksin. Hanya tetamu yang telah lengkap vaksin sepenuhnya dibenarkan masuk ke majlis.

3) Para tetamu digalakkan untuk menjalani ujian kendiri COVID menggunakan kit ujian pantas. Ini bagi memastikan para tetamu adalah negatif COVID serta mengurangkan risiko jangkitan semasa acara berlangsung.

4) Sila ikuti susunan tempat duduk yang telah ditetapkan oleh penganjur.

5) Elakkan sentuhan fizikal dengan tetamu lain dan sentiasa kekalkan jarak yang selamat.

Terima kasih